.:: PENGUMUMAN ::.


.:: PROGRAM WAKAF SURAU ::.

Pihak Surau ingin menjemput Tuan/Puan yang berminat untuk menyertai program wakaf surau dengan bayaran RM 100/sekaki persegi. Kepada ahli qariah yang berminat bolehlah menghubungi Pengerusi Surau Pak Ngah (016-2161049) atau hadir ke Surau untuk mendapatkan maklumat lanjut.



* * * * * * *



LINDUNGI keluarga anda daripada DENGGI luangkan masa selama 10 minit setiap minggu.

Cari dan hapuskan tempat pembiakan AEDES di rumah anda.
Cuci serta sental semua alas pasu bunga dan bekas jambangan bunga.
Buang sampah sarap dengan betul.
Masukkan bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas takungan air.
Bersihkan rumah anda dan kawasan sekelilingnya.

TAMAN KITA DI SERANG WABAK DENGGI, BERTINDAKLAH SEKARANG !!!
LUANGKAN 10 MINIT SETIAP MINGGU UNTUK MENCEGAHNYA


21 Jun 2012

[Fadhilat] SYAABAN

Syaaban
Syaaban adalah bulan kelapan dalam kalendar Islam. Syaaban ertinya berpecah-belah dan bulan ini dinamakan sedemikian kerana suku-suku Arab berpecah-belah pergi mencari air. Dalam bulan ini telah terjadi peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu peralihan Kiblat dari Masjid al-Aqsa ke Ka'bah di Masjidil Haram. Semenjak peristiwa itu, sembahyang ditunaikan dengan menghadap Ka'bah sebagai Kiblat.

Syaaban merupakan salah satu bulan yang mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam. Keadaan ini samalah juga dengan bulan Rejab dan Ramadhan yang mempunyai fadhilat tersendiri, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah di dunia dan di akhirat, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud, dari Aisyah r.a yang bermaksud:
"Bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah S.A.W akan berpuasa di dalam bulan Syaaban kemudian meneruskannya di dalam bulan Ramadhan".

Oleh sebab itu tidak hairanlah seandainya ramai umat Islam yang sebelumnya susah untuk berpuasa sunat, kembali mengerjakan ibadat tersebut pada bulan Syaaban. Amalan-amalan yang baik dilakukan pada bulan ini ialah bersedekah, bersembahyang sunat, bertasbih, memohon keampunan daripada Allah s.w.t, berwirid dan lain-lain amalan yang boleh membantu mendekatkan diri kepada Allah.

Nisfu Sya'ban 
Pada malam Nisfu Sya'ban (pertengahan bulan Sya'ban), kita digalakkan menambah amal ibadat dengan membaca al-Qur'an dan surah Yaasin untuk menghidupkan lagi malam tersebut.
Al-Imam Ibnu Majah meriwayatkan dari Ali r.a. katanya: Rasulullah S.A.W bersabda:
"Apabila tiba malam pertengahan Sya'ban maka hendaklah menghidupkan malam itu (dengan beramal ibadat) dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah s.w.t turun pada waktu itu lantaran terbenamnya matahari ke langit dunia dan berfirman: "Siapa yang memohon keampunan maka Aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki maka Aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala Aku akan melepaskannya, adakah kamu... adakah kamu (berturutan pertanyaan dari Allah s.w.t) sehinggalah terbitnya fajar subuh."

No comments:

Post a Comment