.:: PENGUMUMAN ::.


.:: PROGRAM WAKAF SURAU ::.

Pihak Surau ingin menjemput Tuan/Puan yang berminat untuk menyertai program wakaf surau dengan bayaran RM 100/sekaki persegi. Kepada ahli qariah yang berminat bolehlah menghubungi Pengerusi Surau Pak Ngah (016-2161049) atau hadir ke Surau untuk mendapatkan maklumat lanjut.



* * * * * * *



LINDUNGI keluarga anda daripada DENGGI luangkan masa selama 10 minit setiap minggu.

Cari dan hapuskan tempat pembiakan AEDES di rumah anda.
Cuci serta sental semua alas pasu bunga dan bekas jambangan bunga.
Buang sampah sarap dengan betul.
Masukkan bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas takungan air.
Bersihkan rumah anda dan kawasan sekelilingnya.

TAMAN KITA DI SERANG WABAK DENGGI, BERTINDAKLAH SEKARANG !!!
LUANGKAN 10 MINIT SETIAP MINGGU UNTUK MENCEGAHNYA


6 Oct 2011

Kursus Asas Imam dan Muazzin

Pihak AJK Surau akan menganjurkan Kursus Asas Imam dan Muazzin pada :

Tarikh   : 9hb Oktober 2011 / 11 Zulkaedah 1432H
Tempat : Surau Al Hidayah Desa Kolej
Masa     : 9.00 Pagi

Kepada penduduk yang berminat bolehlah dapatkan borang pendaftaran kursus ini di surau.

1 comment:

  1. Seramai 55 orang peserta telah hadir mengambil bahagian kursus anjuran kali ini yang terdiri daripada penduduk Taman Desa Kolej , Taman Jati Park , Taman Desa Indah , Taman Desaria ,Taman Impiana Resident , USIM ,Taman Nilai Impian , Ingress dan Pusat Pendidikan Al Irshad .

    Selaku penganjur kami amat berbesar hati dan berterima kasih kepada semua peserta yang telah hadir bagi menyahut seruan kami untuk menyertai program ini .

    Ini merupakan satu contoh yang membuktikan sokongan terhadap usaha kami memberi kesedaran terhadap pentingnya tugas Imam dan Bilal .

    Kami berharap kursus ini merupakan satu pendahuluan dan pencetus kepada keinginan peserta untuk tampil mencuba berdiri di hadapan mengetuai solat berjemaah sama ada di rumah , di Surau mahupun di Masjid .

    Terima kasih kami ucapkan kepada tenaga pengajar yang telah sudi hadir ke Surau Al Hidayah , Desa Kolej untuk berkongsi ilmu dengan para peserta .

    Terima Kasih

    ReplyDelete