.:: PENGUMUMAN ::.


.:: PROGRAM WAKAF SURAU ::.

Pihak Surau ingin menjemput Tuan/Puan yang berminat untuk menyertai program wakaf surau dengan bayaran RM 100/sekaki persegi. Kepada ahli qariah yang berminat bolehlah menghubungi Pengerusi Surau Pak Ngah (016-2161049) atau hadir ke Surau untuk mendapatkan maklumat lanjut.



* * * * * * *



LINDUNGI keluarga anda daripada DENGGI luangkan masa selama 10 minit setiap minggu.

Cari dan hapuskan tempat pembiakan AEDES di rumah anda.
Cuci serta sental semua alas pasu bunga dan bekas jambangan bunga.
Buang sampah sarap dengan betul.
Masukkan bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas takungan air.
Bersihkan rumah anda dan kawasan sekelilingnya.

TAMAN KITA DI SERANG WABAK DENGGI, BERTINDAKLAH SEKARANG !!!
LUANGKAN 10 MINIT SETIAP MINGGU UNTUK MENCEGAHNYA


28 Aug 2011

Solat di Surau Al Hidayah Desa Kolej

Assalamualaikum wbk ,


Alhamdulillah , dengan izinNya surau Al Hidayah Desa Kolej telah dapat disiapkan dan solat telah mulakan didirikan di surau ini pada Maghrib hari Sabtu , 20hb Ogos 2011 bersamaan 20hb Ramadhan 1432H .

Walaupun solat mula didirikan pada sepuluh malam terakhir Ramadhan , sambutannya amatlah memberansangkan , surau telah menyediakan dua buah khemah untuk keselesaan jemaah untuk bersolat , beristirehat dan menjamu selera salepas solat terawikh .

Kami mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran Tuan/Puan sekalian untuk mengimarahkan dan solat berjamaah di surau ini. InsyaAllah kita akan memulakan aktiviti yang lain  selepas Eid Fitri , diantara nya ialah sambutan hari raya Aidil Fitr , kuliah subuh , kelas berzanji  dan lain lain aktiviti yang akan di umumkan dari masa ke semasa .

Wassalam.

Pengerusi
Surau Al Hidayah Desa Kolej .

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbk ,

    Menjelang Ramadhan yang akan tiba tidak berapa lama lagi , beberapa program telah diatur dan akan diadakan untuk menyambut ketibaan nya , program yang terdekat ialah program gotong royong membersihkan surau dan kawasan persekitaran nya pada Ahad 25hb Mei 2014 .
    Pada Selasa 27hb Mei kita akan mengadakan program sambutan Isra' & Mikraj , kita telah menjemput saorang penceramah untuk mengisi acara pada majlis tersebut .

    Program harian dan mingguan masih berjalan dan akan diteruskan sahingga bulan Ramadhan , di mana kita akan mengadakan Solat Terawikh dan tadarus Al Quraan .

    Satu lagi agenda yang kita buat ialah untuk membesaran ruang solat Muslimah , kerja-kerja pembesaran nya sedang di jalankan , dengan siap nya ruang baru ini , dianggarkan ianya boleh menempatkan tujuh puluh lagi jemaah dengan selesa .

    Untuk pembesaran ruang inj kita memerlukan bantuan kewangan dari ahli karyah Desa Kolej dan penderma-penderma yang ingin bersama-sama membantu kami .
    Sehubungan dengan itu kami amat berbesar hati jika tuan/puan dapat memberi sedikit sumbangan untuk menampung kos pembinaan nya . Sumbangan boleh dibuat menerusi Bank Islam - nombor akaun Surau Al Hidayah Desa Kolej - 05058010008811, atau boleh memberi terus kepada Bendahari atau AJK Surau .

    Dengan keadaan yang lebih selesa , marilah bersama-sama ke Surau untuk mengimarahkan nya .

    ReplyDelete