.:: PENGUMUMAN ::.


.:: PROGRAM WAKAF SURAU ::.

Pihak Surau ingin menjemput Tuan/Puan yang berminat untuk menyertai program wakaf surau dengan bayaran RM 100/sekaki persegi. Kepada ahli qariah yang berminat bolehlah menghubungi Pengerusi Surau Pak Ngah (016-2161049) atau hadir ke Surau untuk mendapatkan maklumat lanjut.



* * * * * * *



LINDUNGI keluarga anda daripada DENGGI luangkan masa selama 10 minit setiap minggu.

Cari dan hapuskan tempat pembiakan AEDES di rumah anda.
Cuci serta sental semua alas pasu bunga dan bekas jambangan bunga.
Buang sampah sarap dengan betul.
Masukkan bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas takungan air.
Bersihkan rumah anda dan kawasan sekelilingnya.

TAMAN KITA DI SERANG WABAK DENGGI, BERTINDAKLAH SEKARANG !!!
LUANGKAN 10 MINIT SETIAP MINGGU UNTUK MENCEGAHNYA


19 Aug 2012

[Fadhilat] SYAWAL

Syawal
Kemuncak dari segala kegembiraan bulan puasa ialah kedatangan Hari Raya Aidilfitri. Ketika itu semua golongan tua atau pun muda serta kanak-kanak lengkap dengan persiapannya masing-masing.

Sebenarnya Hari Raya Aidil Fitri dirayakan bertujuan untuk meraikan kejayaan orang yang telah berjaya berhadapan dengan bulan Ramadhan. Mereka akan berhimpun di masjid untuk menunaikan sembahyang sunat hari raya berjemaah sambil berzikir, bertakbir, bertahlil dan bertasbih.

Al-Imam at-Tabarani telah meriwayatkan dari Anas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:
"Hiasilah hari raya kamu itu dengan takbir"

Islam telah memberikan panduan tersendiri tentang cara merayakan hari raya bagi umatnya dengan tujuan semuanya tetap menjadi ibadat. Maka bagi orang Islam yang inginkan pahala dalam menyambut hari raya itu, mestilah menyambutnya secara Islam iaitu dengan membuat amalan-amalan yang disunatkan dan mengisi malam hari raya menurut Islam bukanlah dengan bersuka-suka yang boleh mendatangkan keburukan atau membazir seperti membakar mercun, membakar bunga api dan lain-lain, tetapi hendaklah menghidupkan malam hari raya dengan ibadat seperti membaca al-Qur'an, berzikir dan bertakbir sebanyak mungkin.

Dalam bulan Syawal banyak amalan yang perlu dikerjakan oleh umat Islam untuk melengkapkan dan menyempurnakan pahala-pahala yang diperolehinya dalam bulan Ramadhan sama ada amalan yang wajib atau yang sunat. Antara amalan khas dalam bulan Syawal ialah zakat fitrah dan puasa enam.

Zakat Fitrah
Satu perkara yang tidak patut dilupakan sama sekali ialah zakat fitrah, zakat fitrah adalah zakat yang wajib dikeluarkan oleh setiap orang Islam untuk dirinya dan orang dibawah tanggungannya.

Al-Imam Muslim telah meriwayatkan dari Jabir r.a, bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:
"Mulailah dengan diri engkau sendiri (lebih dahulu) maka berzakatlah untuk dirimu sendiri, maka jika ada lebihnya (berzakatlah) untuk keluargamu (anak isterimu) maka jika ada juga lebihnya (berzakatlah) untuk kaum kerabatmu".

Puasa Enam
Selain daripada ibadat puasa yang diwajibkan dalam bulan Ramadhan, ibadat puasa juga sunat dikerjakan dalam bulan-bulan lain, diantaranya puasa enam hari di bulan Syawal. Sesiapa yang berpuasa sebulan di bulan Ramadhan kemudian disusuli puasa enam hari di bulan Syawal, maka puasanya itu menyerupai pahala setahun. Al-Imam Ibnu Majah telah meriwayatkan dari abu Ayyub bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan diikuti puasa enam hari di bulan Syawal adalah menyerupai puasanya itu puasa setahun".

Puasa di bulan Syawal ini boleh dilakukan sama ada berturut-turut atau sebaliknya, jika ianya dilakukan selepas hari raya dengan berturut-turut adalah lebih afdhal kerana menyegerakan melakukan ibadat tersebut.