.:: PENGUMUMAN ::.


.:: PROGRAM WAKAF SURAU ::.

Pihak Surau ingin menjemput Tuan/Puan yang berminat untuk menyertai program wakaf surau dengan bayaran RM 100/sekaki persegi. Kepada ahli qariah yang berminat bolehlah menghubungi Pengerusi Surau Pak Ngah (016-2161049) atau hadir ke Surau untuk mendapatkan maklumat lanjut.



* * * * * * *



LINDUNGI keluarga anda daripada DENGGI luangkan masa selama 10 minit setiap minggu.

Cari dan hapuskan tempat pembiakan AEDES di rumah anda.
Cuci serta sental semua alas pasu bunga dan bekas jambangan bunga.
Buang sampah sarap dengan betul.
Masukkan bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas takungan air.
Bersihkan rumah anda dan kawasan sekelilingnya.

TAMAN KITA DI SERANG WABAK DENGGI, BERTINDAKLAH SEKARANG !!!
LUANGKAN 10 MINIT SETIAP MINGGU UNTUK MENCEGAHNYA


22 May 2012

[Fadhilat] REJAB

Rejab bermaksud Ta'azim
Rejab adalah bulan ketujuh dalam kalendar Islam. Rejab bererti kebesaran. Bulan ini merupakan bulan yang mulia dalam Islam sejak zaman Jahiliah lagi. Rejab adalah salah satu dari bulan-bulan haram yang empat.

Di dalam bulan ini kita disuruh memperbanyakkan amal ibadat, dan menjauhkan diri dari melakukan perbuatan maksiat dan kemungkaran.

Amalan puasa di dalam bulan Rejab adalah salah satu cara menambah pahala amal ibadat kita untuk menjauhkan diri dari segala maksiat. Sesungguhnya barangsiapa yang mendahagakan dirinya dengan berpuasa di dalam bulan Allah s.w.t (bulan Rejab) maka ia memperolehi ganjaran dari Allah s.w.t. Selain itu kita juga digalakkan membaca istighfar sebanyak-banyaknya dan melakukan ibadat-ibadat sunat yang lain.