.:: PENGUMUMAN ::.


.:: PROGRAM WAKAF SURAU ::.

Pihak Surau ingin menjemput Tuan/Puan yang berminat untuk menyertai program wakaf surau dengan bayaran RM 100/sekaki persegi. Kepada ahli qariah yang berminat bolehlah menghubungi Pengerusi Surau Pak Ngah (016-2161049) atau hadir ke Surau untuk mendapatkan maklumat lanjut.



* * * * * * *



LINDUNGI keluarga anda daripada DENGGI luangkan masa selama 10 minit setiap minggu.

Cari dan hapuskan tempat pembiakan AEDES di rumah anda.
Cuci serta sental semua alas pasu bunga dan bekas jambangan bunga.
Buang sampah sarap dengan betul.
Masukkan bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas takungan air.
Bersihkan rumah anda dan kawasan sekelilingnya.

TAMAN KITA DI SERANG WABAK DENGGI, BERTINDAKLAH SEKARANG !!!
LUANGKAN 10 MINIT SETIAP MINGGU UNTUK MENCEGAHNYA


13 Sept 2013

Kelas AlQuraan untuk remaja dan kanak-kanak akan bermula kembali pada hari Ahad , 15hb Sept 2013 ,
kelas bermula pada jam 9.00 pagi sahingga 12.00 tgh .

31 Aug 2013

Majlis Jamuan Hari Raya 31 Ogos 2013


Gambar-gambar sekitar Majlis Jamuan Hari Raya 31 Ogos 2013. Terima kasih pada semua yang menjayakan dan turut hadir meraikan majlis ini. Semoga menjadi asbab kebaikan kepada semua.

Klik pada gambar  untuk galeri penuh.

3 Aug 2013

Majlis Khatam Al-Quran Ramadhan 1434H

Meraikan peserta tadarus dan untuk menambahkan lagi penghayatan al-Quran lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah. Usaha pembelajaran dan meneruskan lagi kemahiran membaca akan diteruskan lagi sehingga akhir hayat. Jazakallah kepada Ustaz Nasir dan Ustaz Naja yang banyak membimbing peserta tadarus membetulkan makhraj huruf, tajwid dan lain2 ilmu berkaitan Al-Quran pada kali ini.

Klik pada gambar untuk Galeri penuh

17 Oct 2012

[Fadhilat] ZULHIJJAH

Hari Arafah
Zulhijjah adalah bulan kedua belas dalam kiraan taqwim Hijrah. Bulan Zulhijjah mempunyai kelebihan dan keistimewaan, dari itu umat Islam digalakkan melakukan beberapa amalan ibadat seperti berpuasa sunat dan ibadat korban.

Puasa sunat di bulan Zulhijjah ialah puasa pada hari kesembilan iaitu hari Arafah bagi orang yang tidak mengerjakan haji, tidak musafir dan tidak sakit.

Al-Imam Ubnu Majah telah meriwayatkan dari Abu Qatadah, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Puasa pada hari Arafah akan termasuk dalam hitungan Allah bahawa puasa itu menutup dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya".

Maksud setahun yang terdahulu ialah dikira dari tahun yang mengandungi hari Arafah sebelumnya sehingga tahun yang ia berpuasa hari Arafah. Maksud setahun kemudian ialah dari akhir bulan haji yang ia berpuasa di dalamnya sehingga awal tahun hijriah iaitu awal Muharram.

Maksud menutup dosa ialah diampunkan semua dosa kecil yang telah dilakukannya kecuali dosanya terhadap sesama manusia, jika ia tidak mempunyai dosa kecil maka Allah akan meninggikan pangkatnya dan memeliharanya daripada melakukan dosa.

Hari Raya Aidil Adha 
Hari raya umat Islam yang kedua ialah Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban iaitu pada 10 Zulhijjah. Amalan-amalan pada Hari Raya Aidil Adha sama sahaja dengan amalan pada Hari Raya Aidil Fitri iaitu menghidupkan malam hari raya dengan memperbanyakkan ibadat dan bertakbir.

Menyembelih Korban 
Satu amalan lagi yang ada pada bulan Zulhijjah ialah menyembelih korban pada Hari Raya Aidil Adha. Oleh kerana itu, hari raya ini disebut juga Hari Raya Korban. Binatang korban itu ialah binatang yang disembelih daripada unta, lembu, kerbau atau kambing.

Amalan menyembelih korban itu juga adalah merupakan bukti keikhlasan dan ketakwaan kita dalam menghidupkan syiar agama Islam.

Berkorban itu hukumnya sunat, dan fadhilat yang diperolehi daripada berkorban itu amat besar, antaranya:

1. Menambah amal kebajikan.
2. Sebagai penebus dosa.
3. Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah s.w.t.

17 Sept 2012

[Fadhilat] ZULKAEDAH

Zulkaedah adalah bulan kesebelas dalam taqwim Hijrah. Zulkaedah ertinya tempat duduk.

Peristiwa-peristiwa bersejarah yang berhubungkait dengan ibadat haji dan umrah berlaku dalam bulan ini, iaitu pada tahun ke 7 Hijriah, Rasulullah S.A.W telah memimpin umat Islam menuju ke Mekah untuk mengerjakan umrah yang pertama.

Amalan-amalan sunat di bulan Zulkaedah adalah sama seperti amalan-amalan sunat di bulan-bulan lain. Tiada amalan-amalan istimewa yang khas untuk bulan Zulkaedah yang menjadi amalan Rasulullah S.A.W ataupun para sahabat mahupun salafus-soleh. Kita dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan baik dari hari ke hari tanpa mengira apa jua bulan dalam taqwim. Tingkatkan mutu amalan-amalan fardhu dan tambah amalan-amalan sunat pada setiap masa seperti yang disarankan oleh Islam tidak kira di dalam bulan mana sekalipun.

Yang penting adalah niat yang disertakan keikhlasan.

19 Aug 2012

[Fadhilat] SYAWAL

Syawal
Kemuncak dari segala kegembiraan bulan puasa ialah kedatangan Hari Raya Aidilfitri. Ketika itu semua golongan tua atau pun muda serta kanak-kanak lengkap dengan persiapannya masing-masing.

Sebenarnya Hari Raya Aidil Fitri dirayakan bertujuan untuk meraikan kejayaan orang yang telah berjaya berhadapan dengan bulan Ramadhan. Mereka akan berhimpun di masjid untuk menunaikan sembahyang sunat hari raya berjemaah sambil berzikir, bertakbir, bertahlil dan bertasbih.

Al-Imam at-Tabarani telah meriwayatkan dari Anas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:
"Hiasilah hari raya kamu itu dengan takbir"

Islam telah memberikan panduan tersendiri tentang cara merayakan hari raya bagi umatnya dengan tujuan semuanya tetap menjadi ibadat. Maka bagi orang Islam yang inginkan pahala dalam menyambut hari raya itu, mestilah menyambutnya secara Islam iaitu dengan membuat amalan-amalan yang disunatkan dan mengisi malam hari raya menurut Islam bukanlah dengan bersuka-suka yang boleh mendatangkan keburukan atau membazir seperti membakar mercun, membakar bunga api dan lain-lain, tetapi hendaklah menghidupkan malam hari raya dengan ibadat seperti membaca al-Qur'an, berzikir dan bertakbir sebanyak mungkin.

Dalam bulan Syawal banyak amalan yang perlu dikerjakan oleh umat Islam untuk melengkapkan dan menyempurnakan pahala-pahala yang diperolehinya dalam bulan Ramadhan sama ada amalan yang wajib atau yang sunat. Antara amalan khas dalam bulan Syawal ialah zakat fitrah dan puasa enam.

Zakat Fitrah
Satu perkara yang tidak patut dilupakan sama sekali ialah zakat fitrah, zakat fitrah adalah zakat yang wajib dikeluarkan oleh setiap orang Islam untuk dirinya dan orang dibawah tanggungannya.

Al-Imam Muslim telah meriwayatkan dari Jabir r.a, bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:
"Mulailah dengan diri engkau sendiri (lebih dahulu) maka berzakatlah untuk dirimu sendiri, maka jika ada lebihnya (berzakatlah) untuk keluargamu (anak isterimu) maka jika ada juga lebihnya (berzakatlah) untuk kaum kerabatmu".

Puasa Enam
Selain daripada ibadat puasa yang diwajibkan dalam bulan Ramadhan, ibadat puasa juga sunat dikerjakan dalam bulan-bulan lain, diantaranya puasa enam hari di bulan Syawal. Sesiapa yang berpuasa sebulan di bulan Ramadhan kemudian disusuli puasa enam hari di bulan Syawal, maka puasanya itu menyerupai pahala setahun. Al-Imam Ibnu Majah telah meriwayatkan dari abu Ayyub bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan diikuti puasa enam hari di bulan Syawal adalah menyerupai puasanya itu puasa setahun".

Puasa di bulan Syawal ini boleh dilakukan sama ada berturut-turut atau sebaliknya, jika ianya dilakukan selepas hari raya dengan berturut-turut adalah lebih afdhal kerana menyegerakan melakukan ibadat tersebut.