15 Okt 2013, julung kalinya solat aidil adha diadakan disurau dan seterusnya gotong royong korban 4 ekor lembu korban penduduk taman yang mengambil bahagian. Jazakallah, Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Ibadah Korban 1434H
13 Sept 2013
Kelas AlQuraan untuk remaja dan kanak-kanak akan bermula kembali pada hari Ahad , 15hb Sept 2013 ,
kelas bermula pada jam 9.00 pagi sahingga 12.00 tgh .
Gambar-gambar sekitar Majlis Jamuan Hari Raya 31 Ogos 2013. Terima kasih pada semua yang menjayakan dan turut hadir meraikan majlis ini. Semoga menjadi asbab kebaikan kepada semua.
Meraikan peserta tadarus dan untuk menambahkan lagi penghayatan al-Quran lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah. Usaha pembelajaran dan meneruskan lagi kemahiran membaca akan diteruskan lagi sehingga akhir hayat. Jazakallah kepada Ustaz Nasir dan Ustaz Naja yang banyak membimbing peserta tadarus membetulkan makhraj huruf, tajwid dan lain2 ilmu berkaitan Al-Quran pada kali ini.
Hari Arafah Zulhijjah adalah bulan kedua belas dalam kiraan taqwim Hijrah. Bulan Zulhijjah mempunyai kelebihan dan keistimewaan, dari itu umat Islam digalakkan melakukan beberapa amalan ibadat seperti berpuasa sunat dan ibadat korban.
Puasa sunat di bulan Zulhijjah ialah puasa pada hari kesembilan iaitu hari Arafah bagi orang yang tidak mengerjakan haji, tidak musafir dan tidak sakit.
Al-Imam Ubnu Majah telah meriwayatkan dari Abu Qatadah, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari Arafah akan termasuk dalam hitungan Allah bahawa puasa itu menutup dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya".
Maksud setahun yang terdahulu ialah dikira dari tahun yang mengandungi hari Arafah sebelumnya sehingga tahun yang ia berpuasa hari Arafah. Maksud setahun kemudian ialah dari akhir bulan haji yang ia berpuasa di dalamnya sehingga awal tahun hijriah iaitu awal Muharram.
Maksud menutup dosa ialah diampunkan semua dosa kecil yang telah dilakukannya kecuali dosanya terhadap sesama manusia, jika ia tidak mempunyai dosa kecil maka Allah akan meninggikan pangkatnya dan memeliharanya daripada melakukan dosa.
Hari Raya Aidil Adha Hari raya umat Islam yang kedua ialah Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban iaitu pada 10 Zulhijjah. Amalan-amalan pada Hari Raya Aidil Adha sama sahaja dengan amalan pada Hari Raya Aidil Fitri iaitu menghidupkan malam hari raya dengan memperbanyakkan ibadat dan bertakbir.
Menyembelih Korban Satu amalan lagi yang ada pada bulan Zulhijjah ialah menyembelih korban pada Hari Raya Aidil Adha. Oleh kerana itu, hari raya ini disebut juga Hari Raya Korban. Binatang korban itu ialah binatang yang disembelih daripada unta, lembu, kerbau atau kambing.
Amalan menyembelih korban itu juga adalah merupakan bukti keikhlasan dan ketakwaan kita dalam menghidupkan syiar agama Islam.
Berkorban itu hukumnya sunat, dan fadhilat yang diperolehi daripada berkorban itu amat besar, antaranya:
1. Menambah amal kebajikan. 2. Sebagai penebus dosa. 3. Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah s.w.t.