.:: PENGUMUMAN ::.
30 Oct 2011
28 Oct 2011
Pelan Bangunan Tambahan Surau
![]() |
Lakaran Plan |
Rekabentuk tambahan bangunan surau dan dua bangunan baru yang di cadangkan sedang di dalam proses untuk di majukan ke Majlis Perbandaran Nilai untuk di luluskan .
Bangunan baru itu terdiri:
1) Satu bangunan dua tingkat , di sabelah bawah untuk di jadikan dewan serbaguna dan di atas untuk di jadikan bilik pembelajaran.
2) Satu bangunan satu tingkat untuk bilik pengurusan jenazah , store , kolah dan tempat udhu’ tambahan .
Kos bagi bagunan tambahan surau di anggarkan RM 150,000.00 dan dua bangunan
baru dengan aggaran RM 350,000.00 , jumlah keperluan dana untuk membina semua nya ialah RM 500,000.00.
Pihak Surau telahpun melancarkan Tabung Pembinaan Bangunan Tambahan Surau bagi mengumpul dana yang diperlukan. Kepada yang berminat untuk menderma bolehlah mendapatkan borang di sebelah kanan blog ini.
Sekian.
Labels:
Wakaf
21 Oct 2011
Kursus Penyembelihan
Pihak AJK Surau akan menganjurkan Kursus Penyembelihan bersempena Majlis Perasmian Surau Al Hidayah pada :
Tarikh : 29hb Oktober 2011 / 2 Zulhijjah 1432H
Tempat : Surau Al Hidayah Desa Kolej
Masa : 3.00 Petang
Kepada penduduk yang berminat dijemput untuk hadir sama bagi memeriahkan majlis ini dimana pada malam harinya pula akan diadakan Majlis Berzanji & Marhaban bermula jam 9.00 malam.

Oktober 2011,
Program
SEMBELIHAN
Sembelihan dalam bahasa Arab disebut sebagai zabihah yang bermaksud sembelihan binatang yang halal dimakan mengikuti lunas-lunas syarak dan syarat-syarat tertentu.
Hikmah Disyariatkan
Sembelihan dan bangkai merupakan dua istilah yang berbeza di mana hukum memakan bangkai adalah haram dan ianya dikategorikan sebagai najis.
Justeru, sembelihan membezakan antara yang halal dan yang haram atau dalam erti kata lain sembelihan dalam hukum syarak merupakan pembeza yang mutlak antara kedua-duanya.
Sembelihan menjamin kesihatan orang memakannya kerana ianya menyucikan binatang yang disembelih itu daripada darah dan seperti mana yang kita maklum darah dikategorikan sebagai najis.
Kematian binatang dengan cara dicekik atau dilanggar akan menyebabkan darah menjadi beku di dalam tubuh haiwan tersebut dan boleh menyebabkan orang yang memakan bangkai tersebut mendapat penyakit.
Jenis-Jenis Sembelihan
Sembelihan dibahagikan kepada 3 bahagian :-
"Sesungguhnya binatang-binatang ini memiliki sifat binatang liar, apabila ia mengatasi kamu makan lakukanlah terhadapnya seperti ini."
(Hadis riwayat al-Bukhari : 5190 dan Muslim: 1968 daripada Rafi' bin Khudaij r.a)
Syarat SAH Sembelihan
Syarat Penyembelih:
Perkara-Perkara Sunat Sembelihan
*Rujukan : Indahnya Hidup Bersyariat Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
Hikmah Disyariatkan
Sembelihan dan bangkai merupakan dua istilah yang berbeza di mana hukum memakan bangkai adalah haram dan ianya dikategorikan sebagai najis.
Justeru, sembelihan membezakan antara yang halal dan yang haram atau dalam erti kata lain sembelihan dalam hukum syarak merupakan pembeza yang mutlak antara kedua-duanya.
Sembelihan menjamin kesihatan orang memakannya kerana ianya menyucikan binatang yang disembelih itu daripada darah dan seperti mana yang kita maklum darah dikategorikan sebagai najis.
Kematian binatang dengan cara dicekik atau dilanggar akan menyebabkan darah menjadi beku di dalam tubuh haiwan tersebut dan boleh menyebabkan orang yang memakan bangkai tersebut mendapat penyakit.
Jenis-Jenis Sembelihan
Sembelihan dibahagikan kepada 3 bahagian :-
- Al-Zabhu - Memotong batang leher sebelah atas haiwan yang boleh ditangkap oleh manusia untuk disembelih dengan syarat-syarat tertentu.
- Al-Nahru - Memotong batang leher sebelah bawah haiwan dan disunatkan menyembelih unta.
- Al-Aqru - Sembelihan yang dilakukan secara darurah (terpaksa) dengan cara mencederakan haiwan tertentu (pada mana-mana bahagian badannya) dengan kecederaan yang membawa kepada maut.
"Sesungguhnya binatang-binatang ini memiliki sifat binatang liar, apabila ia mengatasi kamu makan lakukanlah terhadapnya seperti ini."
(Hadis riwayat al-Bukhari : 5190 dan Muslim: 1968 daripada Rafi' bin Khudaij r.a)
Syarat SAH Sembelihan
Syarat Penyembelih:
- Islam atau ahli Kitab
- Sembelihan hanya diniatkan kerana Allah SWT atau dengan nama Allah SWT.
- Alat Sembelihan mestilah tajam dan diperbuat daripada besi, tembaga, timah, kaca, batu, dan yang seumpamanya.
- Tidak menggunakan gigi atau kuku sebagai alat sembelihan
- Penyembelih dapat menangkap haiwan yang tidak mengalami kesakitan dan kecederaan sebelum disembelih.
- Putus halkum dan urat merih.
- Memotong sekaligus dengan cepat.
Perkara-Perkara Sunat Sembelihan
- Memotong urat di tepi batang leher, mengelilingi halkum.
- Menajamkan alat sembelihan.
- Binantang yang hendak disembelih itu perlulah dibaringkan di sebelah rusuk kirinya.
- Menghadap kiblat.
Labels:
Artikel
6 Oct 2011
Kursus Asas Imam dan Muazzin
Pihak AJK Surau akan menganjurkan Kursus Asas Imam dan Muazzin pada :
Tarikh : 9hb Oktober 2011 / 11 Zulkaedah 1432H
Tempat : Surau Al Hidayah Desa Kolej
Masa : 9.00 Pagi
Kepada penduduk yang berminat bolehlah dapatkan borang pendaftaran kursus ini di surau.
Tarikh : 9hb Oktober 2011 / 11 Zulkaedah 1432H
Tempat : Surau Al Hidayah Desa Kolej
Masa : 9.00 Pagi
Kepada penduduk yang berminat bolehlah dapatkan borang pendaftaran kursus ini di surau.
Labels:
Oktober 2011,
Program
4 Oct 2011
ISTILAH KORBAN
Korban bermaksud hampir. Dari segi istilah bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan hari Tasyrik, iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadat atau menghampirkan diri kepada Allah SWT.
Dalil yang menerangkan ibadah korban bermaksud
"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah."
(Surah al-Kausar: 2)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud
"Nabi SAW telah berkorban dengan menyembelih dua ekor kibasy yang berwarna putih dan bertanduk. Baginda sendiri yang menyembelih kedua-duanya dan Baginda telah menyebut nama Allah, bertakbir sambil meletakkan kakinya di atas tengkuk kibasy tersebut."
(Hadith riwayat al-Bukhari: 5245 dan Muslim: 1966)
Hukum korban ialah sunat muakkad, iaitu sangat dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan tetapi dihukumkan wajib apabila bernazar. Tuntutan sunat muakkad adalah bagi orang yang cukup syarat-syaratnya seperti Islam, sempurna akal dan baligh. Orang berkorban dianjurkan menyembelih binatang itu sendiri atau sekurang-kurangnya melihat pada waktu penyembelihan di lakukan.
Hikmah Disyariatkan
* Menghidupkan erti pengorbanan besar yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s.
* Sebagai tanda pengabdian diri dan tunduk patuh kepada Allah SWT.
* Menambahkan rasa kasih sayang dan ikatan persaudaraan sesama umat Islam apabila menyedekahkan daging korban tersebut kepada insan yang memerlukan.
* Sumber : Indahnya Hidup Bersyariat Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid

Subscribe to:
Posts (Atom)